Masalah Makroekonomi Dan Dasar Penstabilan
Nota
1.
Pengenalan
Sebelum
membincangkan masalah makroekonomi, terlebih dahulu kita perlu jelas
mengenai perkara-perkara berikut, iaitu
a.
konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara
potensi atau pendapatan negara pada guna tenaga penuh.
b.
lompang deflasi dan lompang inflasi.
c.
menghitung lompang deflasi dan lompang inflasi.
d.
jurang keluaran Negara Kasar.
2.
Konsep pendapatan negara sebenar dan pendapatan negara
potensi
Rajah
menunjukkan perubahan pendapatan negara (PN) benar berlaku dari satu tahun
ke tahun yang lain. Perubahan PN benar yang berada di atas dan di bawah PN
potensi telah menimbulkan beberapa keadaan ekonomi, iaitu
a.
ekonomi dalam guna tenaga penuh (GTP).
b.
inflasi.
c.
deflasi/kemelesetan ekonomi.
d.
pemulihan ekonomi.
PN
benar (KNK benar) adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang sebenar
dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh satu tahun.
PN
potensi (KNK potensi) pula adalah jumlah nilai barang dan perkhidmatan
yang dicapai oleh sesebuah negara dalam masa satu tahun ketika ekonomi
mencapai GTP. GTP berlaku apabila kesemua faktor pengeluaran telah
digunakan dengan sepenuhnya dan kadar pengangguran hanyalah 4% atau
kurang.
Merujuk
pada rajah di atas, titik P menunjukkan ekonomi telah capai PN pada GTP
dalam tahun T0.
Di
antara titik P dengan titik Q ekonomi berada dalam keadaan melambung,
menyebabkan PN benar melebihi PN potensi antara tahun T0 dan
T1.
Dalam
tempoh tersebut berlaku kenaikan tingkat harga umum atau inflasi
disebabkan oleh faktor-faktor berikut:-
i.
lebihan perbelanjaan
agregat.
ii.
kenaikan kos pengeluaran.
iii.
kenaikan harga barang import.
Di
antara titik Q dan R pula, kenaikan tingkat harga umum dan kegiatan
ekonomi mula menurun tetapi PN benar masih lebih tinggi dari PN potensi.
Oleh itu antara titik P dan R telah berlaku inflasi dalam ekonomi.
Pada
titik R, ekonomi sekali lagi telah capai tingkat PN GTP dalam tahun T2.
Di
antara titik R dan S ekonomi berada dalam keadaan kemelesetan, menyebabkan
PN benar kurang dari PN potensi antara tahun T2. dan
T3.
Pada ketika itu ekonomi menghadapi keadaan peningkatan kadar pengangguran.
Selepas
titik S, ekonomi mula pilih dari keadaan kemelesetan apabila PN benar
semakin bertambah sehingga capai PN benar sama dengan PN potensi pada
titik V dalam tahun T4.
Dari
huraian di atas, jelas menunjukkan keadaan PN benar seperti itu telah
menimbulkan masalah ketidakstabilan ekonomi. Oleh itu campur tangan
kerajaan adalah perlu untuk membetulkan keadaan setelah ekonomi pasaran
bebas gagal untuk mengatasinya.
1.
Lompang
Deflasi dan Lompang Inflasi
Lompang
deflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang berada di bawah penawaran
agregat pada tingkat PN guna tenaga penuh.
Merujuk
kepada rajah (a), O
Ye.. adalah tingkat keseimbangan PN
apabila Y = C + I + G dan O
Yf. adalah tingkat PN guna tenaga penuh. Yf adalah
kurang dari O Yf. menunjukkan keseimbangan PN yang dicapai adalah kurang dari
tingkat PN guna tenaga penuh. Oleh itu faktor pengeluaran tidak digunakan
sepenuhnya, maka wujud masalah pengangguran.
Pada
O Yf.. perbelanjaan
agregat adalah D Yf manakala penawaran agregat adalah L Yf. Oleh
itu wujud keadaan D Yf kurang dari LYf sebesar
LD. Oleh itu LD di kenali sebagai lompang deflasi.
Merujuk
kepada rajah (b) pula, O
Ye adalah tingkat keseimbangan PN apabila I + G = S + T. O Yf adalah
tingkat PN guna tenaga penuh. O
Ye adalah
kurang dari O Yf .Oleh
itu ia menunjukkan keadaan suntikan kurang daripada bocoran dan menghalang
ekonomi capai guna tenaga penuh.
Pada
O Yf
suntikan adalah D1 Yf
dan bocoran adalah L1Yf. Oleh
itu D1 Yf kurang dari L1Yf sebesar
L1 D1 dan dikenali sebagai lompang inflasi.
Oleh
itu lompang inflasi boleh didefinisikan sebagai perbezaan antara
perbelanjaan agregat yang perlu dicapai dengan perbelanjaan agregat yang
sebenar dicapai pada tingkat PN guna tenaga penuh.
Lompang
inflasi merujuk kepada perbelanjaan agregat yang melebihi penawaran
agregat pada tingkat PN guna tenaga penuh.
Merujuk
rajah (a) O Ye adalah tingkat keseimbangan PN apabila Y = C + I + G. O Yf adalah
tingkat PN guna tenaga penuh. O
Ye melebihi O
Yf menunjukkan keseimbangan PN yang sebenar dicapai melebihi
tingkat PN guna tenaga penuh. Oleh kerana ekonomi telah capai guna tenaga
penuh penawaran agregat tidak dapat ditambah untuk memenuhi lebihan
perbelanjaan agregat. Oleh itu tingkat harga umum akan naik secara
berterusan dan wujudnya inflasi.
Pada
O Yf perbelanjaan
agregat (L Yf) adalah melebihi penawaran agregat (I Yf) sebesar
LI dinamakan sebagai lompang inflasi.
Merujuk
kepada rajah (b) suntikan (L1
Yf) melebihi bocoran (I1Yf) sebesar
L1 I1 pada tingkat PN guna tenaga penuh dan lebihan
ini dinamakan sebagai lompang inflasi.
1.
Menghitung lompang deflasi dan lompang inflasi
5.
Jurang KNK
sumber : portal pendidikan
Tidak ada komentar:
Posting Komentar